Wednesday, December 11, 2013

Insurans (Bahagian 1): Insurans Kereta

Saya percaya ramai yang tahu insurans tu apa, tapi tak ramai yang benar-benar mengkaji apa kelebihan dan apa kekurangan bagi sesebuah insurans.

Secara mudahnya, insurans ni bertujuan untuk melindungi kita daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Terdapat banyak jenis insurans, ada insurans am atau general insurance seperti insurans kereta, insurans rumah, insurans ketika melancong dan sebagainya.

Kedua, insurans hayat, di mana kita ada insurans nyawa, insurans kecacatan kekal, insurans perubatan, insurans pendidikan dan banyak lagi.

Insurans Kenderaan

Kita mulakan dulu dengan insurans kenderaan. Saya yakin ramai yang ada, itu pun sebab ianya diwajibkan oleh kerajaan Malaysia. Pengiraannya mudah, terdapat beberapa kalkulator yang kita boleh guna pakai, saya Google dapat result di bawah ni:
http://www.etiqa.com.my/English/Insurance/products/calculator/Pages/CarInsurance.aspx
http://www.insuranceinfo.com.my/help_and_advice/useful_tools/car_premium.php

Ada yang ambil pelan komprehensif (first party) dan ada third party insurans, terpulang kepada anda. Tapi rasanya kenderaan baru, wajib ambil komprehensif. Dan jika kita tidak claim, kita berhak dapat diskaun yang dikenali sebagai NCD (No Claim Discount).
  1. Tahun pertama (kereta baru atau second hand baru bertukar milik) - 0%
  2. Tahun kedua - 25%
  3. Tahun ketiga - 30%
  4. Tahun keempat - 38.33%
  5. Tahun kelima - 45%
  6. Tahun keenam dan seterusnya - 55% / tahap maksima

Oleh itu, ada sedikit insentif sekiranya kira tidak mengalami sebarang kemalangan. Tapi kadangkala kalau dah takdir, kemalangan datang tanpa diundang, sekurang-kurangnya ada gak insurans untuk melindungi kita.

Sekiranya berlaku kemalangan dan kita dilindungi dengan insurans, daripada menanggung kos membaik pulih kenderaan kita yang kemalangan yang mungkin menelan belanja ribuan ringgit, pihak insurans akan membuat pembayaran bagi pihak kita. Tapi selepas itu, NCD kita akan jatuh ke peringkat pertama semula iaitu 0% diskaun untuk pembaharuan insurans kita pada tahun berikutnya.

Ok, agak ringan pada kali ini, pada bahagian seterusnya kita akan lihat beberapa jenis insurans lain yang ada.

P/S: Saya bukanlah seorang ejen insurans, hanya bercakap dari pemahaman saya. Kalau ada kekurangan, harap dapat dimaafkan. :)
 So, insurans apa yang korang pakai, dan ok tak?

No comments:

Post a Comment